Terma dan Syarat Penginapan di Homestay Kesidang


  1. Setiap tempahan untuk menginap di Homestay Kesidang di bandar Melaka perlukan deposit sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). Bakai bayaran hendaklah dilunaskan semasa mengambil kunci. Tempahan yang dibuat tanpa deposit hanya di kira sebagai pertanyaan dan tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki.

  2. Tetamu dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak seperti bersekedudukan dan juga undang-undang Malaysia.

  3. Waktu Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di  Homestay Kesidang di bandar Melaka dan bayaran tambahan akan dikenakan".

  4. Hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini. 

  5. Binatang Peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan tempahan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.

  6. Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa  Homestay Kesidang tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.

  7. Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.

  8. Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

  9. Dasar jiran yang baik. Tetamu  Homestay Kesidang tidak dibenarkan membuat bising, berparti, menyanyi, menari atau apa sahaja aktiviti yang tidak bermoral memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.