River Cruise Sungai Melaka Antara Tempat Menarik di Bandar Melaka Mesti Di Lawati

KALAU dahulu ia hanyalah sebatang sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan dan sampah, namun kini sungai Melaka menjadi destinasi popular yang mesti dilawati apabila berkunjung ke negeri ini.


Keindahan dan kebersihan serta suasana damai dengan lanskap dan laluan siar kaki di sungai yang mengalir di tengah-tengah kawasan bangunan warisan dan moden, membuatkan ramai yang terpegun dan teruja dengan kegigihan kerajaan negeri Melaka mengubah imej sungai ini.



Potensi sungai Melaka sebagai aset pelancongan terserlah di sepanjang 4.5 kilometer dari Jambatan Hang Jebat di Taman Rempah hingga ke muaranya di Bandar Hilir, semuanya menjadi kenyataan di bawah projek pengindahan Sungai Melaka yang melibatkan kos lebih RM300 juta, termasuk pembinaan loji rawatan air dan baraj untuk menjernihkan air dan mengawal paras air sungai itu.

Pembangunan di kedua-dua tebing sungai itu rancak dijalankan termasuk pembinaan hotel, restoran dan kedai cenderahati, dengan satu impian menjadikan sungai Melaka seperti Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan keindahan dan kebersihannya.

Adalah tidak lengkap berkunjung ke Melaka sekiranya tidak singgah ke sungai Melaka terutamanya untuk menyusuri sungai itu dengan menaiki bot Melaka River Cruise.


Dalam tempoh 45 minit perjalanan pergi-balik, mereka yang menaiki bot Melaka River Cruise akan diberi penerangan mengenai produk pelancongan yang terdapat di sepanjang laluan termasuk kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu yang masih mengekalkan rumah tradisional Melaka di tengah-tengah Bandaraya Warisan Dunia.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad